Ahad, 27 Februari 2011

lost words....

menginterpretasikan isi hati aku ke dalam bentuk tulisan adalah sesuatu yg sukar dari segi penceritaan.....terlampau byk yg bermain di fikiran.....kerana akal kita sentiasa berputar mengikut keadaan yg kita lalui serta pengalaman yg ditempuhi......


coretan ringkas belum tentu dapat memberikan gambaran yg jelas tentang apa yg berlaku.....walaupun jari - jemariku ligat menekan punat kekunci laptop aku ni, masih banyak lagi letusan idea dari kepala ku yg tidak dapat mengalir seperti yg aku inginkan......


perjalanan hidup yg sudah melangkaui suku abad sedikit sebanyak mengajar aku bagaimana meneruskan kemandirian hidup bukan sahaja di dunia, bahkan di akhirat.....proses pembelajaran yg terus-menerus berlaku tidak kira masa dan tempat ku kutip sedikit demi sedikit....bak kata pepatah, sehari selembar benang, lama - lama akan terhasil kain jugak akhirnya....


limpahan nikmat yg dikurniakan oleh Yang Maha Esa tidak terhitung banyaknya.....aku amat bersyukur dgn segala anugerah yg diberi oleh Nya......aku sentiasa berdoa agar aku tidak kufur atas nikmat yg diberikan serta sentiasa dlm lembayung rahmat Nya.....


sekarang, aku perlu menguatkan emosi serta rohani ku....agar onak duri di depanku akan ku tempuh dgn jiwa yg jitu.....InsyaAllah, aku tidak akan menjadi seperti dahulu.....

s/r:sabar......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan