Jumaat, 8 April 2011

redirect

sebelum apa2, aku rasa bersyukur sgt diberi peluang utk mengenali ramai orang yg pelbagai ragam, perangai, sifat, tingkahlaku dan sewaktu dengannya...sedikit sebanyak dpt mengajar serta menimba ilmu daripada mereka...kita bukanlah nabi...apatah lagi malaikat...yg penting, setiap perilaku yg kita buat haruslah bersandarkan kepada pemikiran kita yg matang serta diasuh oleh ilmu yg ditimba....secara berpanjangan, berterusan...tanpa henti...kesilapan mmg akan berlaku..yg penting belajar drpd kesilapan dan berusaha agar tidak mengulanginya lagi...


hidup aku tidaklah sesukar jika dibandingkan dgn rakan2 ku yg lain...atau dgn lebih tepat lagi, aku sentiasa terpandu oleh orang2 yg banyak memberi tunjuk ajar yg mana ianya merupakan satu nikmat yg aku sgt2 syukuri...dan apabila terdapat rakan yg mempunyai kesulitan@kesusahan, aku rasakan bertanggungjwab utk menolong sekadar termampu....


aku bersyukur mempunyai keluarga yg menyayangiku, teman rapat yg sentiasa menyokongku, rakan sekerja yg sentiasa menggembleng tenaga menyiapkan sesuatu tugasan dan yang paling penting, aku dianugerahkan agama yang memanduku ke arah kebaikan...Alhamdulillah...


aku berdoa supaya akan sentiasa mendapat ketenangan serta tabah menghadapi setiap rintangan, dugaan serta cabaran yang diberikan oleh Allah...dan aku amat menghargai setiap insan yang berada di sekelilingku...maafkanlah aku jika apa yg aku berikan kepada kalian semua tidak dapat memenuhi hajat serta keinginan kalian...akanku berusaha lebih bersungguh dan kuat agar kita sama2 mencapai kejayaan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan